Nabi Muhammad SAW melarang kita bercakap perkara yang kotor. Apatah lagi mencaci, mengherdik, memfitnah, mengejek atau mengata-ngata orang. Orang yang suka bercakap kotor (termasuk mencaci dan sebagainya) adalah orang yang memiliki budi pekerti yang rendah.
Marilah sama-sama kita belajar akhlak nabi Muhammad SAW mengenai perkara ini:
1. Nabi SAW melarang memaki orang-orang kafir yang terbunuh dalam Perang Badar. Kata Baginda;"Janganlah mereka dimaki-maki. Apa yang kamu kata akan sampai kepada mereka. Sebaliknya akan menyakitkan hati orang-orang yang masih hidup. Bercakap kotor adalah perbuatan yang rendah (hina)."
2. Nabi SAW memberi nasihat kepada seorang sahabat,"Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah. Jika ada seorang yang mencelamu dengan sesuatu yang ada padamu, maka janganlah engkau mencela dia dengan apa kamu tahu tentang dirinya.
. Biarlah dia yang menanggung dosa sedang kamu beroleh pahala. Janganlah sekali-kali kamu mencaci-maki sesuatu."
3. Selepas Peperangan Uhud, ada Sahabat meminta Nabi SAW mendoakan kebinasaan terhadap puak Quraisy. Tetapi Nabi menolak,"Aku diutus olah Allah sebagai pembawa rahmat, bukan melaknat. Ya Allah! Ampunilh kaumku kerana mereka belum mengerti." Sekeras-keras doa Nabi terhadap musuh adalah semasa Peperangan Khandaq. "Ya Allah! Yang menurunkan kitab. Yang cepat menghisab. Ya Allah! Hancurkanlah kekuatan musuh dan goncangkanlah hati mereka."
4. "Jauhilah kata-kata yang kotor. Sesungguhnya Allah tidak suka kata-kata yang kotor dan tidak suka kepada orang yang bercakap kotor."Kata Nabi lagi,"Orang mukmin bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka bercakap keji dan suka yang kotor."
INGATLAH pesan bijak pandai: Berfikir sebelum bercakap. Jangan bercakap apa yang terfikir.
No comments:
Post a Comment