Satu lagi sifat Nabi Muhammad SAW yang sangat popular ialah sentiasa berlaku adil. Allah SWT mengingatkan di dalam Al Quran, "Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa." (Al-Maidah:8)
- Adil ialah memberikan sesuatu (hak) kepada orang yang berhak menerimanya. Memberi dengan tidak membeza-bezakan (tidak melebihkan orang tertentu) di antara orang-orang yang berhak itu.
- Memberikan/membahagikan sesuatu sepadan dengan orang yang berhak menerima. Misalnya si abang dapat dua dan si adik dapat satu.
- Bertindak/ menghukum orang yang bersalah sesuai dengan kesalahannya tanpa menyulitkan atau pilih kasih.
Antara contoh keadilah Nabi Muhammad SAW:
1. Dalam menyampaikan seruan dakwah, Nabi SAW tidak pernah membezakan sesiapa saja di kalangan kaum kerabat baginda mahupun orang lain.
2. Nabi suka memberi bantuan kepada ahli keluarga terdekat. Nabi menghormati Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib r.a., tetapi tidak pula mengutamalkan bapa saudaranya itu dalam soal pemberian. Siapa yang berhak mendapat lebih akan diberi lebih.
3. Nabi SAW membahagikan kasih sayang di antara isteri-isteri baginda dengan adil.
4. Saiyidina Fatimah r.a., pernah meminta seseorang pembamtu rumah. Tetapi Nabi menolak kerana para sahabat baginda di kalangan ahli suffah yang menghuni di serambi Masjid Nabi selalu berlapar disebabkan tidak ada makanan.
5. Nabi adil dalam menegakkan hukum, Kata baginda, sekiranya didapati anaknya mencuri, dia sendiri yang akan menjalankan hukum Allah terhadap anaknya itu.
Mari kita lihat beberapa amalan Rasulullah SAW terhadap mereka yang tidak berlaku adil:
- "Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang yang sebelum kamu ialah apabila seseorang daripada golongan atasan mencuri, mereka dibiarkan sahaja dan apabila golongan yang lemah mencuri dijatuhi hukuman."
- "Seseorang yang diserahi Allah memimpin rakyat. Kemudian dia tidak memelihara mereka dengan nasihat, maka dia tidak akan mencium bau syurga."
- "Seseorang muslim adalah saudara orang muslim, dia tidak boleh menganiaya dan tidak boleh mebiarkannya tanpa pertolongan, dan siapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya."
No comments:
Post a Comment