Jadilah Sahabat Yang Sejati
Adik-adik tentu ingin mempunyai seorang sahabat yang sejati. Sahabat yang sangat dipercayai untuk diajak berkongsi masalah. Sahabat yang sanggup bersama-sama baik ketika susah, sedih, takut mahupun ketika gembira. Sahabat yang sanggup menegur dan memperbetulkan sekiranya adik-adik melakukan kesalahan dan kesilapan. Sahabat yang menyanjung dan terus mendorong apabila adik-adik beroleh kejayaan dan kemenangan.
Seharusnya adik-adik terlebih dahulu mesti berusaha meletakkan diri di tempat itu. Sepertimana yang adik-adik inginkan seorang sahabta yang sejati, kawan-kawan yang lain pun begitu juga. Mudah-mudahan dengan sikap, penampilan dan peribadi yang mulia yang adik-adik tunjukkan, mereka akan terpesona lalu mengambil adik-adik menjadi sahabat. Dari situ, tidak secara langsung adik sudah boleh menilai dan memilih sahabat untuk diri adik-adik pula.
Perkara utama dalam berkawan ialah menjaga adb-adabnya. Misalnya, tidak menyinggung hati kawan-kawan sama ada dengan kata-kata atau perbuatan. Jangan cetuskan perkara yang boleh mengakibatkan krisis atau pertengkaran. Ingat pesanan nabi s.a.w.; "Tidak halal bagi seorang Muslim tidak menegur saudaranya (sesama Islam) lebih daripada tiga malam (hari). Kedua-duanya saling bertemu juga tetapi mereka saling tak acuh. Yang paling baik di antara keduanya ialah yang lebih dahulu memberi salam." (Riwayat Muslim dari Abu Ayyub Al-Ansari r.a..)
Hadis ini mengajar kita adab bergaul dan berkawan. Kita mesti selalu bertegur sapa dengan kawan-kawan. Salah satu cara untuk mengelakkan daripada tidak bertegur sapa atau bermasam muka ialah dengan membiasakan memberi salam.
sahabat sejati membawa ke Jalan Tuhan..:)
ReplyDelete