-->

Terapi Jiwa Dan Hati

Daripada 'Abu Darda' ra ; bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (akhirat) daripada budi pekerti yang mulia." (Riwayat Abu Daud dan At - Tirmizi)

Thursday, 14 June 2012

FAHAM FIKAH - Jangan Putuskan Silaturahim


Najwa sangat sedih. Sepupunya yang bernama Nadia tidak mahu berkawan dengannya. Semasa bertemu pada hari raya yang lalu, Nadia menjauhkan diri daripada Najwa. Beberapa kali Najwa cuba hendak berbual dengan Nadia tetapi tidak berjaya.Beberapa hari selepas itu pun Nadia masih tidak mahu mendekati Najwa. Najwa tidak tahu, apakah kesalahan yang telah dilakukannya hingga menyebabkan Nadia menjauhkan diri. Akhirnya Najwa mengadu kepada ibunya.
Kita hendaklah sentiasa memelihara hubungan silaturrahim. Hubungan silaturrahim ialah hubungan kekeluargaan sama ada sebelah bapa atau ibu. Bapa saudara, ibu saudara, adik-beradik, sepupu-sepakat dan seumpamanya. Mereka semua adalah kaum kerabat terdekat yang mempunyai hubungan istimewa dan hukum-hukum tertentu dalam Islam. Memelihara serta mengeratkan ikatan silaturrahim bukanlah tertumpu pada hari perayaan atau hari-hari tertentu sahaja. Ia menjadi tuntutan sepanjang masa. Baik dengan kaum kerabat yang berada jauh, apatah lagi yang dekat. Apa yang sangat perlu difahami ialah memutuskan silaturrahim mengundang laknat serta kemurkaan Allah SWT. Malah menjadi satu faktor yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah SWT.Dalam masalah Najwa ini, mari kita rujuk satu kisah yang berlaku kepada seorang sahabat Rasulullah SAW. Sahabat tersebut datang menghadap Rasulullah SAW lalu mengadu hal,"Wahai Rasulullah, aku mempunyai beberapa kaum keluarga. Aku sentiasa menghubungkan mereka kerana mereka adalah kaum keluargaku. Malangnya mereka tidak menghiraukan dan memutuskan hubungan denganku. Aku berbuat baik kepada mereka sedangkan mereka sentaiasa menyakiti hatiku. Aku berlemah-lembut terhadap mereka tetapi mereka tidak menghiraukan aku. Apa yang harus aku lakukan?" Rasulullah SAW menjawab;"Sekiranya engkau betul dan benar sebagaimana engkau nyatakan, maka seolah-olah mereka memakan debu-debu panas, engkau akan sentiasa mendapat pertolongan daipada Allah ke atas mereka selama mana engkau berterusan atas sifat engkau yang demikian itu." Najwa jangan berputus asa. Cubalah kaedah yang lain pula, umpamanya dengan memberi hadiah kepada sepupunya itu. Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang bersedekah kepada kerabatnya itu mendapat dua pahala, pahala hubungan silaturrahim dengan kerabatnya dan pahala sedekah." (Riwayat Bukhari Muslim)
Oleh: Ustaz Dr. Nik Yusri.
Posted by Welcome To My Blog at 04:13
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
 Online Users

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (66)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ▼  June (10)
      • KENAL ALLAH - Dialah Raja Segala Raja
      • KENAL ALLAH - Allah Tutup Aib Hamba-Nya
      • TIRU NABI - Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah
      • FAHAM FIKAH - Jangan Putuskan Silaturahim
      • TIRU NABI - Rasul Gudang Ilmu
      • BELAJAR DENGAN ALAM - Cicak Yang Kreatif
      • KENAL ALLAH - As-Sami' Maha Mendengar
      • FAHAM FIKAH - Solat Dengan Baju Bergambar
      • FAHAM FIKAH - Solat Hajat Selepas Asar
      • FAHAM FIKAH- Kejahatan Rosakkan Pahala
    • ►  May (18)
    • ►  April (16)
Cuteki greetings

Travel theme. Theme images by piskunov. Powered by Blogger.