-->

Terapi Jiwa Dan Hati

Daripada 'Abu Darda' ra ; bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (akhirat) daripada budi pekerti yang mulia." (Riwayat Abu Daud dan At - Tirmizi)

Tuesday, 14 August 2012

WASIAT RASULULLAH - 5 Keutamaan Sujud Kepada Allah

Dari Ma'dan bin Abi Tlhah, beliau berkata; Saya bertemu dengan Tsauban, hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW dan saya berkata;Khabarkan kepada saya tentang amal yang dapat saya lakukan sehingga Allah akan memasukkan saya ke syurga atau khabarkan kepada aku tentang amal yang paling disukai Allah. Maka dia (Tsauban) diam, kemudian saya bertanya lagi, dia pun tetap berdiam diri. saya bertanya lagi untuk kali ketiga, maka dia berkata:Saya telah bertanyakan hal itu kepada rasulullah SAW, maka baginda bersabda; bermaksud' Tetaplah kamu untuk memperbanyakkan sujud. Ini kerana tidaklah engkau sujud sekali kepada Allah  melainkan Allah akan mengangkatmu satu darjah dan akan menghapuskan satu kesalahan.
Posted by Welcome To My Blog at 04:08 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 16 July 2012

WASIAT RASULULLAH - 4 Menolong Orang Lain


Dari Abu Huraairah (r.a), beliau berkata bahawa Baginda S.A.W. bersabda bermaksud;"Sesiapa menghilangkan kesusahan orang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan menghilangkan salah satu daripada kesusahannya di hari kiamat. Dan sesiapa memudahkan kesulitan orang miskin, Allah akan memudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutupi kesalahan orang Islam maka Allah akan menutupi (kesalahan)nya di dunia di akhirat. Dan Allah akan selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya.Sesiapa yang berjalan di atas jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam salah satu rumah Allah (masjid) yang akan mempelajari dan membaca kita Allah melainkan akan diturunkan ketenangan atas mereka dan rahmat akan meliputi mereka serta para malaikat akan mengelilingi mereka. Allah akan membanggakan mereka di hadapan (malaikat) yang ada di sisi-Nya. Sesiapa yang lambat amal perbuatannya maka tidak dapat dipercepat oleh nasab keturunannya. (Hadis Riwayat Muslim)
Posted by Welcome To My Blog at 03:16 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 12 July 2012

WASIAT RASULULLAH 3- Keutamaan Menuntut Ilmu

Dari Qubaishah bin Mukhariq (r.a.), beliau berkata: Saya datang kepada Rasulullah dan beliau bersabda: "Wahai Qubaishah, bagaimana keadaamu?" Saya menjawab:Umurku sudah tua dan tulang-tulangku sudah lemah, maka saya datang agar tuan mengajarkan apa yang dapat memberi manfaat kepada saya. Rasulullah pun bersabda;"Wahai Qubaishah, tidaklah engkau melewati sebauh batu, pokok dan tanah liat melainkan semuanya memintakan ampun bagimu. Wahai Qubaishah, apabila engkau solat subuh, bacalah tiga kali; bermaksud"Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan aku memuji-Nya) maka ia akan menjagamu dari penyakit buta, kusta dan lumpuh.
Posted by Welcome To My Blog at 03:06 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 8 July 2012

WASIAT RASULULLAH -1 Wasiat Am Tentang Tauhid


Dari Ibnu Abbas (r.a) beliau berkata: Suatu hari saya berada di belakang Rasullullah SAW dan beliau bersabda:
Bermaksud;" Wahai budak kecil. Aku akan mengajar engaku beberapa ayat:Jagalah Allah maka Dia akan menjagamu. Jagalah Allah maka engkau akan mendapatkan-Nya sebagai penerangmu. Jika engkau minta, mintalah kepada Allah. Apabila engkau mengehndaki pertolongan, mintalah pada-Nya. Ketahuilah seandainya umat ini berkumpul untuk memberi manfaat melainkan sesuatu yang telah dipastikan oleh Allah kepadamu. Jika mereka berkumpul untuk membahayakan engkau tentang sesuatu, maka tidaklah dapat mereka membahayakanmu melainkan sesuatu yang telah dipastikan oleh Allah bagimu kerana pena telah terangkat dan kertas yang ditulis pun telah kering. Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Posted by Welcome To My Blog at 23:46 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

WASIAT RASULULLAH -1 Keutamaan Kalimah La Ilaha Illallah

Dari Abu Hurairah (r.a) beliau berkata: Saya bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling bahagia mendapatkan syafaatmu pada hari kiamat nanti? Rasulullah SAW menjawab;"Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap  hadis. Manusia yang paling berbahagia mendapatkan syafaatku pada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah 'La Illaha Ilallah' dengan ikhlas dari hati dan jiwanya. Hadis Riwayat Bukhari
Posted by Welcome To My Blog at 06:31 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 2 July 2012

FAHAM FIKAH - Sentuh Al-Quran Perlu Berwuduk


Anisah baru pulang dari sekolah. Selepas memberi salam, dia pun masuk ke dalam rumah. Semasa melangkah ke biliknya, Anisah terpandang adiknya sedang membelek-belek al-Quran. Anisah berasa kurang senang melihat tingkah laku adiknya itu. Sudah tentu adiknya yang berusia tiga tahun itu tidak berwuduk. Orang yang tidak berwuduk tidak boleh menyentuh al-Quran. "Adik, jangan main Quran kakak, nanti koyak," Anisah menasihati adiknya. Namun adiknya masih membelek-belek Quran 'muqaddam' itu.
"Letak semula atas meja. Adik tidak boleh pegang al-Quran ini,"tegur Anisah lagi. "Kenapa, Anisah? Adik buat apa?' tanya emak yang datang dari dapur.
Al-Quran adalah kalam Allah, Tuhan semesta alam. Al-Quran merupakan petunjuk dan hidayah bagi kehidupan manusia. Allah yang menurunkan al-Quran iaitu kitab yang paling mulia kepada Rasulullah SAW, hamba-Nya yang paling mulia. Oleh kerana kemuliaan al-Quran serta penghormatan terhadap al-Quran, para ulama berpendapat bahawa haram menyentuh al-Quran bagi orang yang sedang berhadas, sama ada hadas kecil lebih-lebih lagi hadas besar.
Hadas kecil iaitu orang yang tidaka ada wuduk ataupun dia bukan dalam keadaan berwuduk, sama ada wuduknya telah terbatal atau memang tidak mengambil wuduk. Hadas besar pula iaitu orang yang telah berlaku kepadanya perkara-perkara yang mewajibkan mandi. Selagi mana dia belum mandi wajib, hadas besarnya tidak akan terangkat.
Namun begitu, bagi kanak-kanak yang belum baligh diharuskan (tidak diharamkan) menyentuh al-Quran dalam keadaan tidak berwuduk. Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan atasnya dengan kewajipan dan kefarduan sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang yang telah akil baligh. Selain dari itu, ia bagi menimbulkan minat dan kesukaan kanak-kanak kepada al-Quran.
Posted by Welcome To My Blog at 04:40 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 23 June 2012

KENAL ALLAH - Dialah Raja Segala Raja


'Malik' secara umum bererti raja atau penguasa. Al-Malik - Allah Yang Maha Penguasa/Maha Raja. Kebesaran kerajaan Allah meliputi langit dan bumi. Kekuasaan bukan sahaja untuk alam nyata, tetapi menguasai alam yang tidak terjangkau oleh panca indera (alam malakut). Malah kekuasaan kerajaan-Nya menguasai sampai ke hari akhirat kelak. Dlam sebaris firman dari Surah al-Hajj ayat 56 bermaksud;"Kerjaan pada hari itu (kiamat) adalah milik Allah."
Allah Yang Maha Penguasaha menjadi tempat seluruh makhluk Allah mengadu dan berharap kepada-Nya. Malah raja-raja dan para penguasa di dunia pun berharap kepada Allah tidak pula mengharapkan sesiapa pun untuk menguruskan pentadbiran kerajaan-Nya. Dialah yang memberikan kuasa dan kerajaan kepada para pemerintah dan penguasa yang ada di dunia ini.
Dalam Surah al-Imran ayat 26, firman Allah bermaksud;"Katakanlah, Ya Allah! Yang Memiliki kerajaan, Engkau yang memberi kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki."
Allah Yang Maha Penguasa dan Maha Memiliki tidak seperti manusia memiliki. Allah memiliki secara hak dan mutlak kerana Dia yang mencipta, mentadbir, mengatur dan menguruskan alam ini pada keseluruhannya. Sedangkan kita memiliki sesuatu dengan membeli atau dihadiahkan oleh orang lain atau seumpamanya. Allah s.w.t. bebas melakukan apa saja terhadap apa saja yang dikuasainya. Tetapi kita tidak begitu.
Seorang ketua atau pengurus syarikat berkuasa ke atas orang bawahannya pada waktu bekerja atau pada waktu-waktu tertentu saja. Seorang ibu dan ayah berkuasa ke atas anaknya. Tetapi tidak sepanjang masa. Semasa anak tidur di tengah malam, dia tidak tergamak lagi mengejutkan anaknya untuk disuruh melakukan sesuatu pekerjaan.
Malah terhadap barangan tidak bernyawa yang kita miliki sekalipun, kita tidak boleh sewenang-wenangnya. Jika kita lakukan perbuatan yang salah, pasti akan ditegur atau dicemuh oleh orang lain. Contohnya, adik cuba rosakkan basikal kepunyaan adik. Tentu ibu bapa akan marah. Ertinya, pemilikan atau penguasaan kita bukan sepenuhnya.
Sedangkan Allah tidak begitu. Dia berkuasa ke atas segala-galanya. Bukan saja ke atas batang tubuh, malah hati dan perasaan hamba-Nya pun Dia kuasai. Dia boleh membolak-balikkan hati manusia. Dia boleh menghentikan denyut nafas makhluk yang dimiliki-Nya. Dia boleh memberkan sakit demam ke atas makhluk yang dimiliki-Nya.
Tidak ada siapa yang boleh mengecam tindakan Allah s.w.t. Dia adalah raja yang berkuasa dan bebas melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Sebaliknya manusia akan dipertanggungjwabkan dan disoal di akhirat kelak. Allah berfirman bermaksud;"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa-apa yang dilakukan-Nya, sedang mereka (manusia) ditanya."(Surah al-Anbia 23)
Firman ini pun sudah cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya kebesaran Allah. Manusia tidak harus berasa megah dan takbur dengan apa yang dimiliki kerana semua yang dimiliki tidak kekal. Akan hilang bila-bila masa jika Allah kehendaki. Ia boleh berlaku dengan dua cara:
- kematian yang sekaligus menyebabkan apa yang dimiliki akan ditinggalkan kepada waris-waris yang masih hidup
- Kehilangan atau barang yang dimiliki itu bertukar tangan dengan sebab-sebab tertentu.
Posted by Welcome To My Blog at 06:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 Online Users

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (66)
    • ▼  December (4)
      • WASIAT RASULULLAH KE 21 - Tidak Berpaling Ketika S...
      • WASIAT RASULULLAH KE 20 - Keutamaan Dua Rakaat Sol...
      • WASIAT RASULULLAH KE 19 - Tinggalkan Maksiat Teguh...
      • WASIAT RASULULLAH KE 18 Akhlak Terhadap Diri Sendiri
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (10)
    • ►  May (18)
    • ►  April (16)
Cuteki greetings

Travel theme. Theme images by piskunov. Powered by Blogger.