-->

Terapi Jiwa Dan Hati

Daripada 'Abu Darda' ra ; bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (akhirat) daripada budi pekerti yang mulia." (Riwayat Abu Daud dan At - Tirmizi)

Tuesday, 13 November 2012

WASIAT RASULULLAH 12 - Perihal Rukun Islam

Dari Muadz bin Jabal (r.a.) beliau berkata; Saya  bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan. Suatu hari saya sangat dekat dengan beliau semasa kami berjalan dan aku berkata;"Wahai Rasulullah,khabarkan kepada saya tentang suatu amal yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan dapat menjauhkan aku daripada api neraka. Rasulullah sa.a.w. bersabda bermaksud; "Engkau telah menanyakan perkara besar di mana perkara itu akan mudah bagi orang yang dikehendaki Allah SWT. Sembahlah Allah dan janganlah engaku menyekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dirikanlah solat, tunaikan zakat, shaum(puasa) dalam bulan Ramadan dan hailah ke baitullah. kemudian beliau bersabda lagi;"Sukakah engkau aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Saya menjawab,'Suka wahai Rasulullah. Beliaupun bersabda;"Shaum itu perisai, sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan sepertimana air dapat memadamkan api. Begitu pula halnya dengan solatnya seseorang di tengah malam.
Posted by Welcome To My Blog at 17:07 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 26 October 2012

WASIAT RASULULLAH - 11 Keutamaan Bertaubat Kepada Allah

Dari Al Aghari bin Yasar Al Muzany (r.a), beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda; bermaksud: Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah dan mintalah ampun kepada-Nya kerana aku bertaubat bertaubat tidak kurang dari 100 kali sehari.

Dari Abi Musa, Abdullah ibni Al Asy'ari (r.a.) berkata; Nabi SAW bersabda;"Bahawa Allah membentangkan pengampunan-Nya di waktu malam, supaya taubat orang yang berdosa di waktu siang. Dia membentangkan pengampunan-Nya di waktu siang supaya bertaubat orang yang berdosa di waktu malam sehingga matahari terbit dari sebelah barat.
Hadis Riwayat Muslim
Posted by Welcome To My Blog at 06:44 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 16 October 2012

WASIAT RASULULLAH - 10 Keutamaan Shaum(Puasa)

Dari Abu Ummah (r.a.), beliau berkata; "Saya berkata;"Wahai Rasulullah;, perintahkan kepada saya untuk melakukan suatu perbuatan. Beliau bersabda bermaksud;" Kerjakanlah Shaum(puasa) kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya. Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Khusaimah)
Posted by Welcome To My Blog at 06:00 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Dari Abu Fadil Abbas bin Abdul Mutalib (r.a.) beliau berkata:"Saya berkata; Wahai Rasulullah, ajarkan kepada saya tentang apa yang mesti aku minta daripada Allah. Beliau bersabda, bermaksud;" Mintalah kesihatan daripada Allah" Maka saya tinggal di suatu tempat untuk beberapa hari, kemudian saya datang lagi dan bertanya,'Wahai Rasulullah, ajarkan saya tentang apa yang mesti aku minta daripada Allah SWT. Rasulullah bersabda kepadaku: "Wahai Abbas, mintalah kesihatan dunia dan akhirat kepada Allah."
Dari Ibnu Umar (r.a.), beliau berkata, jarang sekali Rasulullah berdiam diri dalam suatu majlis sehingga beliau berdoa untuk sahabat-sahabatnya dengan doa-doa ini:
Ya Allah, berikanlah kepada kami perasaan takut kepada Engkau yang dapat menghantar kami ke dalam syurga-Mu. Berikanlah kepada kami keyakinan yang dapat meringankan musibah-musibah dunia yang menimpa kami. Ya Allah, berikanlah kemaafan kepada pendengaran, penglihatan dan kekuatan kepada kami selama Engkau menghidupkan kami. Jadikanlah ia sebagai pewaris kami. Berilah pembalasan kepada orang-orang yang menganiaya kami. Tolonglah kami atas orang-orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagi cita-cita yang paling besar dan tujuan akhir dari ilmu kami. Janganlah Engkau jadikan orang-orang yang tidak sayang kepada kami sebagai penguasa kami.
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Posted by Welcome To My Blog at 05:20 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 11 September 2012

WASIAT RASULULLAH - 8 Kelebihan Solat Tasbih

Ikrimah daripada Ibnu Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (SAW) bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib; bermaksud;"Whai Abbas pamanku..Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya maka Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baharu, yang sengaja ataupun yang tidak sengaja, maka kecil ataupun besar, yang tersembunyi atau yang nampak. sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rakaat, setiap rakaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rakaat pertama, tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illah wallahu akhbar ( Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Agung) , sebanyak lima belas kali, kemudian ruku' dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali  semasa dalam keadaan ruku', kemudian engkau bangun dari ruku' dan bacalah kalimah itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali  kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali , selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakan kesemuanya dalam keempat rakaat. Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu, kerjakanlah seminggu sekali. Apabila tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. apabila engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."
Posted by Welcome To My Blog at 06:15 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 10 September 2012

WASIAT RASULULLAH - 7 Keutamaan Solat Dhuha dan Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

Dari Abu Hurairah (ra), beliau berkata; Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur. Hadis riwayat lima Imam Hadis.

Daripada Abu Dzar(r.a) beliau berkata. Rasulullah (SAW) bersabda bermaksud;"Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekah. Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu sedekah. Dan semua itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha.
Hadis riwayat Muslim.
Posted by Welcome To My Blog at 06:41 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 8 September 2012

WASIAT RASULULLAH - 6 Keutamaan Bersedekah

Dari Muadz bin Jabal (r.a), beliau berkata:Saya bersama Rasulullah (SAW) dalam satu perjalanan di mana beliau menyebutkan hadis di atas kemudian Nabi SAW bersabda bermaksud;"Maukah engkau aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan...? Say menjawab:ya, mahu wahai Rasulullah. Beliau bersabda:Shaum itu perisai, sedekah itu menghapuskan kesalahan sepertimana air memadamkan api.
Hadis riwayat At-Tirmidzi.
Posted by Welcome To My Blog at 06:11 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 Online Users

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (66)
    • ▼  December (4)
      • WASIAT RASULULLAH KE 21 - Tidak Berpaling Ketika S...
      • WASIAT RASULULLAH KE 20 - Keutamaan Dua Rakaat Sol...
      • WASIAT RASULULLAH KE 19 - Tinggalkan Maksiat Teguh...
      • WASIAT RASULULLAH KE 18 Akhlak Terhadap Diri Sendiri
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (10)
    • ►  May (18)
    • ►  April (16)
Cuteki greetings

Travel theme. Theme images by piskunov. Powered by Blogger.