-->

Terapi Jiwa Dan Hati

Daripada 'Abu Darda' ra ; bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (akhirat) daripada budi pekerti yang mulia." (Riwayat Abu Daud dan At - Tirmizi)

Tuesday, 20 November 2012

WASIAT RASULULLAH KE 17 - Keutamaan Mengingati Allah

Dari Abdullah bin Busri (r.a.), beliau berkata bahawa seorang lelaki berkata;"Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam itu sangat banyak bagi saya. Maka khabarkanlah kepadaku sesuatu yang dapat aku pegangi. Rasulullah (SAW) bersabda; bermaksud;"Janganlah berhenti lidah engkau daripada basah kerana sentiasa mengingati Allah."
Posted by Welcome To My Blog at 18:08 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 19 November 2012

WASIAT RASULULLAH KE 16 - Bacaan Selepas Solat

Dari Muadz bin Jabal (r.a.), beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. menggandeng tangannya dan bersabda, bermaksud;"Wahai Muadz, demi Allah saya mencintaimu." Berkata Muadz kepada Rasulullah s.a.w., wahai Rasulullah, demi Allah saya uga mencintaimu. Kemudian Rasulullah s.a.w., bermaksud;"Aku wasiatkan kepadamu wahai Muadz, janganlah kamu tinggalkan setiap selepas solat dengan berdoa,"Ya Allah, tolonglah saya untuk mengingati Engkau, bersyukur kepada Engkau dan elokkan ibadahku kepada Engkau."
Posted by Welcome To My Blog at 15:52 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

WASIAT RASULULLAH KE 15 - Perihal Akhlak Yang Baik

Dari Abu Darda(r.a.), beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud;"Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan amal seseorang hamba pada hari kiamat nanti melebehi dari akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang jahat dan kotor perkataannya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Posted by Welcome To My Blog at 05:11 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 15 November 2012

WASIAT RASULULLAH KE 14 - Menjaga Solat

Dari Abdullah bin Umar (r.a), beliau berkata bahawa suatu hari Nabi (SAW) menerangkan perihal  solat, sabdanya, bermaksud: "Sesiapa yang menjaga solat, maka dia akan mendapatkan cahaya, tanda bukti dan kemuliaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak menjaga solat, dia tidak akan memperoleh cahaya, tanda bukti dan kemuliaan di mana pada hari kiamat dia akan dikumpulkan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaff.)
Posted by Welcome To My Blog at 14:35 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 13 November 2012

WASIAT RASULULLAH 13 - Berbakti Kepada Ibubapa

Dari Abu Hurairah (r.a), beliau berkata; seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk saya pergauli dengan baik? Belaiu menjawab;"Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi:Kemudian siapa lagi, "Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi.Kemudian siapa? Nabi menjawab;"Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi;Kemudian siapa? Nabi menjawab,"bapamu.".
Posted by Welcome To My Blog at 17:21 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

WASIAT RASULULLAH 12 - Perihal Rukun Islam

Dari Muadz bin Jabal (r.a.) beliau berkata; Saya  bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan. Suatu hari saya sangat dekat dengan beliau semasa kami berjalan dan aku berkata;"Wahai Rasulullah,khabarkan kepada saya tentang suatu amal yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan dapat menjauhkan aku daripada api neraka. Rasulullah sa.a.w. bersabda bermaksud; "Engkau telah menanyakan perkara besar di mana perkara itu akan mudah bagi orang yang dikehendaki Allah SWT. Sembahlah Allah dan janganlah engaku menyekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dirikanlah solat, tunaikan zakat, shaum(puasa) dalam bulan Ramadan dan hailah ke baitullah. kemudian beliau bersabda lagi;"Sukakah engkau aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Saya menjawab,'Suka wahai Rasulullah. Beliaupun bersabda;"Shaum itu perisai, sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan sepertimana air dapat memadamkan api. Begitu pula halnya dengan solatnya seseorang di tengah malam.
Posted by Welcome To My Blog at 17:07 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 Online Users

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (66)
    • ►  December (4)
    • ▼  November (6)
      • WASIAT RASULULLAH KE 17 - Keutamaan Mengingati Allah
      • WASIAT RASULULLAH KE 16 - Bacaan Selepas Solat
      • WASIAT RASULULLAH KE 15 - Perihal Akhlak Yang Baik
      • WASIAT RASULULLAH KE 14 - Menjaga Solat
      • WASIAT RASULULLAH 13 - Berbakti Kepada Ibubapa
      • WASIAT RASULULLAH 12 - Perihal Rukun Islam
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (10)
    • ►  May (18)
    • ►  April (16)
Cuteki greetings

Travel theme. Theme images by piskunov. Powered by Blogger.